Carian
Unifi Di Beberapa Kawasan Di Sarawak Menghadapi Gangguan Disebabkan Kerosakkan Kabel
December 7, 2018 Aman

Telekom Malaysia kini mengumumkan yang mana perkhidmatan talian tetap TM dan Unifi di Sibu dan Tanjung Manis menghadapi gangguan. Hal ini sekaligus membuatkan sejumlah pengguna tidak dapat mengakses internet seperti biasa.

Telekom Malaysia mengatakan gangguan ini adalah disebabkan oleh kerosakkan kabel. Kerosakkan ini disyaki terjadi disebabkan oleh perbuatan vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Seperti biasa, pasukan teknikal TM kini dalam proses membaik-pulihnya, dan dijangka kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat ini.

Komen