Tiba masanya lagi untuk video tahunan YouTube Rewind untuk tahun 2018. Seperti tahun-tahun sebelumnya video Rewind memaparkan trend terhangat yang berlaku sepanjang tahun pada platform penstriman video atas talian nombor satu dunia. Tahun ini Will Smith, MKBHD, Fortnite, KPOP dan Baby Shark menjadi tumpuan utama video.
Harus dipuji juga jumlah personaliti YouTube yang dipaparkan adalah jauh lebih banyak bagi mencerminkan betapa globalnya laman ini. Sebagai contoh terdapat dua YouTuber dari negara Jiran Indonesia iaitu skinnyindonesian24 danGEN HALILINTAR. Mereka semua menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan bukan hanya Inggeris seperti sebelum ini. Pada waktu yang sama YouTube turut memberikan senarai video paling sohor kini dan video muzik paling popular di bawah.
Muzik Video Paling Popular – Global
- Te Bote Remix – Casper, Nio García, Darell, Nicky Jam, Bad Bunny, Ozuna | Video Oficial
-
Nicky Jam x J. Balvin – X (EQUIS) | Video Oficial | Prod. Afro Bros & Jeon
-
El Chombo – Dame Tu Cosita feat. Cutty Ranks (Official Video) [Ultra Music]
Video Paling Sohor Kini Global