Cari @ Amanz

WordPress merupakan salah satu CMS pembangunan web yang sangat popular didunia, dan digunakan oleh kebanyakkan web-web diseluruh dunia – termasuk Amanz, Aksiz, BlogSerius dan juga Tzkrh. Terkini, hari ini, versi terbaru WordPress telah pun dilancarkan secara rasminya, iaitu WordPress 5.0.

WordPress 5.0 hadir dengan sejumlah penambah-baikkan, dan ia kini menjadi versi WordPress pertama yang mengintegrasikan editor serba baru berasaskan blok.

WordPress 5.0

Dengan kaedah ini, ia menggantikan penggunaan editor lama, dan memfokuskan kepada penulisan dan penambahan kandungan berasaskan blok. Langkah ini dilihat ingin memudahkan pelbagai pengguna baru menghasilkan kandungan, dan menawarkan paparan kandungan yang cantik kepada pembaca.

Walaubagaimanapun, pihak WordPress masih kekal menawarkan sokongan Classic Editor dalam bentuk pemalam – tetapi ia hanya akan disokong sehingga 2021 kelak.

Bagi anda yang menggunakan WordPress, boleh memulakan proses naik-taraf dan kemaskini anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd