Cari @ Amanz

Counter-Strike : Global Offensive Kini Ditawarkan Secara Percuma – Menambah Mod “Battle Royale”

Oleh Aman

Link Copied!

Counter-Strike : Global Offensive atau CS:GO merupakan salah satu permainan tembak-menembak popular, dan mempunyai sejumlah peminat yang tinggi diseluruh dunia. Hari ini, pembangunnya membuat beberapa perubahan pada penawaran permainan berkenaan, selain menambah sebuah mod baru dinamakan Danger Zone.

Pertama sekali, kini CS:GO ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna – membolehkan anda memuat-turunnya pada Windows atau Mac, dan memainkannya tanpa perlu membayar sebarang harga.

Bagi pemain yang sedia membeli permainan berkenaan, anda akan menerima status “Prime” yang mana akan menerima sejumlah ganjaran menarik dari segi kerangka senjata, dan item dalam permainan. Pemain baru juga boleh naik-taraf status mereka dengan membayar RM63 untuk mendapatkan “CS:GO Prime Status”.

Selain itu, kini Counter-Strike : Global Offensive turut menyertakan sokongan mod permainan baru dinamakan Danger Zone.

Danger Zone adalah versi Battle Royale daripada pihak CS:GO, dimana anda akan ditemukan dengan 18 pemain lain, dan anda perlu menjadi yang terakhir kekal hidup. Ini sekaligus membawa kepada bentuk permainan pantas, dan strategi berbeza berbanding memainkannya secara berkumpulan sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan CS:GO ini daripada Steam hari ini, dan memainkannya secara percuma.

Artikel ini diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu. Ikuti Aksiz untuk pelbagai berita berkaitan permainan video terkini.

Komen ()