Oppo Malaysia Menambah Sokongan Untuk E-Sim – Menyokong Oppo F9 Dan Terkini

Oppo Malaysia Menambah Sokongan Untuk E-Sim – Menyokong Oppo F9 Dan Terkini

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan sokongan untuk e-SIM, sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk membeli telefon pintar Oppo terbaru, dan terus menggunakan ia bersama-sama talian telekomunikasi tanpa perlu membuat perubahan kad-SIM dan sebagainya.

Langkah ini hadir melalui sokongan syarikat telekomunikasi Durian Man – yang mana menumpang talian TuneTalk.

Dengan adanya sokongan e-SIM, anda boleh mengaktifkannya terus melalui sebuah aplikasi sahaja – dan tidak perlu membuka ruangan SIM untuk membuat gantian dan sebagainya. Walaubagaimanapun, anda perlu membuat pendaftaran nombor baru dibawah talian Durian Man.

Buat masa ini, Oppo F9 dan Oppo R17 Pro menyokong e-SIM ini, dan mungkin ia akan diperluaskan ke peranti Oppo lain pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN