Epic Games Store Kini Boleh Diakses Pada PC Dan Mac – Alternatif Untuk Steam

Epic Games Store Kini Boleh Diakses Pada PC Dan Mac – Alternatif Untuk Steam

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Pada awal minggu ini, Epic Games telah mengumumkan akan hadir dengan kedai permainan digital mereka tersendiri, iaitu Epic Games Store – sekaligus menyaingi kedai permainan digital yang lain seperti Steam dan sebagainya. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Epic Games telah pun menerbitkan Epic Games Store – sekaligus membolehkan pengguna Mac dan PC untuk mula mendapatkan permainan digital dengan mudah.

Epic Games Store

Buat masa ini, hanya 14 permainan video sahaja ditawarkan melalui platform berkenaan. Beberapa permainan turut akan ditawarkan secara percuma mengikut latar masa yang ditetapkan – sekaligus menarik pengguna untuk menggunakan Epic Games Store.

Epic Games juga turut telah mengumumkan yang mana beberapa permainan akan diterbitkan pada platform berkenaan terlebih dahulu tidak lama lagi.

Epic Games Store menawarkan penerbit permainan 88% daripada pendapatan – yang mana lebih tinggi berbanding pelbagai platform lain – selain diskaun tambahan untuk penerbit yang menggunakan Unreal Engine.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Epic Games Store hari ini untuk PC dan Mac. Versi Android dijangka akan menyusul pada tahun 2019 kelak.

Muat-Turun Epic Games Store untuk Windows dan Mac


TIPS & ULASAN