Nokia Sudah Menjual 70 Juta Peranti Setakat Ini – Tiada Perancangan Menghasilkan Peranti Untuk Permua

Nokia Sudah Menjual 70 Juta Peranti Setakat Ini – Tiada Perancangan Menghasilkan Peranti Untuk Permua

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Dua tahun yang lalu Nokia kembali ke pasaran peranti mudah alih selepas menjual hak penggunaan nama kepada HMD Global. Secara perlahan-lahan mereka menghasilkan pelbagai peranti pintar dengan rekaan menarik dan telefon mudah alih biasa dengan rekaan klasik. Menurut laporan Winfuture, HMD Global telah menjual 70 juta peranti sejak melancarkan semula Nokia dua tahun yang lalu.

Nokia X7Ini ialah jumlah jualan keseluruhan peranti dan bukan hanya yang menggunakan sistem operasi Android, Mereka juga mengesahkan Nokia 9 yang merupakan sebuah peranti mercu akan dilancarkan pada tahun 2019. Tambahan lagi mereka tiada perancangan untuk menghasilkan peranti untuk permua seperti Razer Phone setakat ini.

Berkenaan penamaan pula, peranti mereka akan menggunakan titik perpuluhan sebagai tanda nama model baru. Sebagai contoh model kemas kini kepada Nokia 7.1 akan menggunakan nama Nokia 7.2 dan seterusnya tahun demi tahun. Ini adalah sistem penamaan yang unik jika dibandingkan dengan pengeluar lain.


TIPS & ULASAN