Google Menamatkan Sokongan Android Ice Cream Sandwich Di Google Play Store

Google Menamatkan Sokongan Android Ice Cream Sandwich Di Google Play Store

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Android sedia terkenal dengan menggunakan nama-nama pencuci mulut. Ia bermula dari huruf A sehingga yang terkini huruf P iaitu Pie. Andriod Pie adalah versi Android yang ke sembilan dan juga merupakan yang terbaru dan antara yang terpintar.

Hari ini, Google telah memaklumkan sokongan buat Android 4.x (sebelum 4.4) kini ditamatkan sokongannya di Google Play Store. Android 4.x adalah Android Ice Cream Sandwich. Ia adalah zaman di mana antaramuka sistem Android ini menggunakan tema biru gelap. Sokongan yang ditamatkan ini adalah dari segi kemaskini dan sokongan lain-lain.

Jadi, bermula dengan kemaskini Google Play Services versi 14.7.99, tablet atau telefon pintar yang menjalankan Android Ice Cream Sandwich tidak lagi akan menerima sebarang sokongan Google Play Services. Google menamatkan sokongan ini kerana, penggunaan peranti yang menjalankan versi Android ini adalah kurang 1%.


TIPS & ULASAN