Anda Boleh Membayar Plaza Tol DUKE Menggunakan Wang Daripada Touch n Go eWallet Bermula 8 Disember

Anda Boleh Membayar Plaza Tol DUKE Menggunakan Wang Daripada Touch n Go eWallet Bermula 8 Disember

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Touch ’n Go hari ini mengumumkan sebuah ciri baru untuk dompet digital mereka, iaitu kebolehan membayar plaza tol DUKE menggunakan wang daripada dompet digital mereka.

TnG DUKE

Ciri ini merupakan salah satu ciri lanjutan daripada sokongan pautan kad yang diperkenalkan pada platform berkenaan sebelum ini. Dengannya, pengguna boleh memautkan kad fizikal TnG pada aplikasi dompet digital berkenaan – dan seterusnya apabila anda menyentuh kad TnG anda pada plaza tol, ia akan membuat tolakan kredit daripada dompet digital terlebih dahulu dan bukannya pada kad berkenaan.

TnG DUKE

Langkah ini akan memudahkan lagi pengguna membuat tambah-nilai dan pembayaran tol – tanpa perlu menantikan kemaskini kredit pada kad fizikal yang dipaparkan dalam tempoh 24 jam.

Buat masa ini, ciri ini hanya diaktifkan di lebuhraya DUKE sahaja. Sekiranya ia berjalan dengan lancar, tidak mustahil kita melihat ciri ini diperluaskan ke plaza tol lain – sekaligus memudahkan lagi urusan pembayaran di plaza tol.


TIPS & ULASAN