Cari @ Amanz

Seperti yang semua sedia maklum, OnePlus akan hadir dengan OnePlus 6T edisi McLaren tidak lama lagi. Peranti edisi khas ini akan menggunakan RAM 10GB dan storan dalaman 256GB. Terdapat spekulasi mengatakan, OnePlus 6T edisi McLaren ini akan menggunakan gabungan warna jingga.

Terbaru, berdasarkan Weibo OnePlus (sudah dipadam) – OnePlus 6T edisi McLaren mungkin akan menggunakan sistem pengecasan yang lebih pantas dari Dash yang sebelum ini. Sistem pengecasan pantas Dash mampu mengecas 0%-60% dalam masa 35 minit. Disebabkan OnePlus adalah di bawah BBK Electronics yang juga berkait dengan Oppo – tidak hairan jika OnePlus menggunakan teknologi Super VOOC dengan kuasa sehingga 50W.

Jika benar, pengecasan pantas ini mampu mengecas peranti 0%-100% dalam masa hanya 35 minit. Berdasarkan gambar, kabel USB-C OnePlus 6T McLaren ini bukan lagi berwarna merah – tetapi jingga seakan Oppo Find X edisi Lamborghini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd