Cari @ Amanz

Di dekad 80an, Jepun ialah negara yang memperkenalkan pelbagai automasi di dalam kehidupan seharian. Mereka juga memperkenalkan robot di dalam sektor pengilangan bagi mengurangkan pergantungan kepada pekerja manusia. Robot kini bukan lagi dianggap sesuatu yang magis bagi manusia moden. Tetapi ia masih lagi baik untuk dijadikan gimik untuk menjual produk.

Kedai rangkaian serbaneka Lawson di Jepun mula menggunakan robot Freshly Cooked Karaage-kun Robo untuk memasak ayam goreng yang popular di kalangan pelanggan mereka. Dengan menggunakan robot setinggi 1.54 meter ini, masa memasak ayam Karaage-kun dapat dikurangkan sebanyak 80 peratus. Robot ini akan memulakan operasi pada 11 hingga 28 Disember di  cawangan TOC Osaki di Tokyo sebagai ujian awal. Sekiranya mendapat sambutan ia mungkin akan diperluaskan ke kesemua cawangan Lawson di Jepun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd