Tidak Semua Peranti Dengan Snapdragon 855 Menyokong 5G

Tidak Semua Peranti Dengan Snapdragon 855 Menyokong 5G

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Qualcomm Snapdragon 855 telah pun dilancarkan beberapa hari yang lepas. Cip pemprosessan ini dikatakan menarik kerana mempunyai sokongan 5G terbina. Ia adalah cip pemproses untuk peranti mercu, jadi akan datang kita akan lihat pengeluar-pengeluar peranti mercu hadir dengan peranti janaan Snapdragon 855.

Tahukah anda, tidak semua peranti yang dijana Snapdragon 855 akan menyokong 5G. Ya, memang benar cip pemprosessan ini menyokong 5G – tetapi sokongan 5G ini memerlukan cip modem berasingan iaitu Qualcomm X50. Cip modem yang terbina dalam Snapdragon 855 masih lagi baseband LTE Cat 60 iaitu Qualcomm X24. Jadi, jika pengeluar ingin integrasikan sokongan 5G ini – mereka memerlukan cip modem berasingan.

Harga sebuah peranti dengan sokongan 5G boleh dikatakan mahal dan agak tinggi berbanding sokongan LTE. Semalam, CEO OnePlus – Pete Lau mengatakan, peranti OnePlus dengan sokongan 5G akan menajdi $200-$300 lebih mahal dari biasa. Jika peranti OnePlus yang dikatakan ‘murah’ boleh menjadi mahal. Bagaimana dengan peranti mercu lain?


TIPS & ULASAN