Carian
Xiaomi Hadir Dengan Jam Tangan Mekanikal Baharu – Ciga Design Siri Z
December 7, 2018 Fahim Zahar

Pada bulan April yang lepas, Xiaomi telah memperkenalkan seutas jam tangan mekanikal premium yang berharga lebih dari RM500. Jam tangan tersebut adalah hasil kerjasama dengan Ciga Design. Keunikan terhadap rekaan jam ini membuatkan Xiaomi memenangi anugerah emas IF’s 2017.

Terkini, Xiaomi hadir dengan pengganti buat jam ini. Ia adalah Ciga Design Siri Z. Rekaan jam tangan mekanikal ini bukan lagi bulat tetapi adalah petak. Kemudian, muka jamnya kali ini – memperlihatkan komponen-komponen mekanikal dengan lebih jelas. Kaca pada muka jam pula adalah daripada kaca campuran dengan nilam. Bahan binaan pula adalah dari besi 316L yang kuat. Seperti jam mekanikal lain, ia tidak menggunakan bateri tetapi bergantung kepada pergerakan tangan dan gear di dalam jam tersebut.

Jam tangan mekanikal Ciga Design Siri Z ini hadir dengan 4 piihan tali jam. 3 daripadanya adalah silikon berwarna merah, biru, hitam dan yang lagi satu adalah kulit. Ia dijual melalui laman biayasama Xiaomi, Youpin pada harga RMB999 – iaitu sekitar RM605.

Komen