Cari @ Amanz

Grab Membuat Pelaburan Pada Rangkaian Hotel Bajet – OYO

Oleh Aman

Link Copied!

Grab sedia membuat beberapa pelaburan strategik pada pelbagai syarikat, dan terkini, Grab turut membuat pelaburan pada sebuah syarikat yang menguruskan rangkaian hotel bajet, iaitu OYO.

Grab dikatakan membuat pelaburan sekitar $100 juta pada OYO yang berpusat di India. OYO mengatakan mereka mempunyai sekitar 10,000 hotel dibawah rangkaian mereka – termasuk di India, China dan juga Malaysia.

Dengan pelaburan strategik ini, ia akan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan pihak Grab, selain pada masa yang sama turut membolehkan mereka mempromosikan GrabPay kepada platform OYO.

Grab juga turut boleh menyertakan penawaran tempahan penginapan terus pada aplikasi mereka – sekaligus memudahkan lagi arena pelancongan, selain turut menjadikan Grab sebagai satu aplikasi untuk semua.


Komen ()