Aplikasi Files Kini Menyokong Fungsi USB OTG

Aplikasi Files Kini Menyokong Fungsi USB OTG

Diterbitkan pada Dis 8, 2018 oleh .

Menerusi aplikasi Files, kandungan peranti Android dapat diakses sepenuhnya, membersihkan storan dan memudahkan pemindahan data dengan pantas. Ia sebelum ini dikenali sebagai Files Go sebelum dijenamakan semula oleh Google. Files telah dikemaskini ke versi 1.0.224103129 yang membawakan beberapa fungsi baharu.

Fungsi baharu pertama ialah ia kini menyokong membaca storan USB menerusi sambungan USB OTG. Pengguna juga boleh melihat struktur fail lengkap di dalam peranti dan juga storan USB. Bagi yang ingin mencuba fungsi baharu ini, Files versi terkini boleh dimuat turun sekarang menerusi Google Play Store.

Muat turun aplikasi Files menerusi Play Store


TIPS & ULASAN