Cari @ Amanz

Video Acah “Avengers : Endgame” Kini Menjadi Video Acah Yang Paling Ditonton Dalam Tempoh 24 Jam

Oleh Aman

Link Copied!

Marvel Studios telah pun menerbitkan video acah “Avengers : Endgame” pada penghujung minggu, sekaligus membuatkan ramai peminat siri filem Marvel menontonnya dan membincangkan pelbagai plot yang mungkin hadir pada filem berkenaan. Menariknya, dengan populariti filem “Avengers”, kini Marvel turut berjaya memecah rekod untuk video acah yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam.

Video acah “Avengers : Endgame” ini memecah rekod dengan angka tontonan mencapai 289 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Angka ini meliputi jumlah tontonan yang berlaku pada pelbagai platform yang diterbitkan oleh Marvel Studios – termasuk YouTube, Twitter, dan Facebook. Seperti ramai sedia maklum, terdapat juga beberapa saluran lain yang turut memuat-naik video acah yang sama.

Sebelum ini, rekod berkenaan turut dipegang oleh satu lagi filem Avengers, iaitu dengan “Avengers : Infinity War” dengan angka tontonan sebanyak 230 juta dalam tempoh 24 jam pertama.


Komen ()