Kerangka Pelindung Luaran Galaxy S10 Memberikan Petanda Samsung Akan Mengekalkan Bicu Audio 3.5mm

Kerangka Pelindung Luaran Galaxy S10 Memberikan Petanda Samsung Akan Mengekalkan Bicu Audio 3.5mm

Diterbitkan pada Dis 9, 2018 oleh .

Samsung boleh dikatakan antara pengeluar peranti yang masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm pada peranti mercu mereka. Jikalau mengikut ketirisan terbaru di arena internet, berkemungkinan kita akan melihat Samsung mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm pada peranti mercu 2019 juga.

Melalui perkongsian dikatakan sebagai kerangka luaran untuk Galaxy S10, ia dilihat ruangan untuk bicu audio 3.5mm masih dikekalkan pada bahagian bawah peranti. Sekiranya kerangka pelindung luaran ini adalah tepat – maka kita mungkin akan melihat Samsung mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm pada telefon pintar akan datang mereka.

Samsung dijangka memperkenalkan beberapa variasi telefon dibawah keluarga Galaxy S10 sekitar Februari 2019 kelak – yang mana hadir dengan saiz dan ciri berbeza, termasuk salah satunya menawarkan sokongan kamera yang lebih baik.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Galaxy S10 ini dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN