Carian
Pengeluaran Suzuki Hayabusa Dihentikan
December 10, 2018 Effi Saharudin

Suzuki Hayabusa ialah antara motosikal produksi terpantas pernah dihasilkan. Motosikal dengan kelajuan maksimum 312 km/j ini mula dihasilkan sejak 1999 . Setelah hampir dua dekad menjadi antara motosikal produksi terpantas dunia, Suzuki mengumumkan penghasilannya akan dihentikan bermula 31 Disember 2018.

Pengeluaran dihentikan kerana “burung helang” jalanan ini tidak lagi melepasi piawaian pelepasan asap Euro 4 di Eropah. Kesemua stok yang masih belum dijual akan dihantar ke Amerika Utara dimana tiada halangan pelepasan asap dikenakan pada motosikal. Selepas kesemua stok habis, tiada lagi model baru akan dikeluarkan.

Enjin 1340 cc yang digunakan ini padat tetapi mampu menghasilkan 197 kuasa kuda. Ia telah diubahsuai untuk digunakan pada kereta pacuan empat roda, kereta lumba dan juga kapal terbang.

Komen