Cari @ Amanz

Xiaomi Mi A1 Mula Menerima Kemaskini Android Pie

Link Copied!

Hampir sebulan yang lalu Xiaomi Mi A2 mula menerima kemas kini Android Pie. Kami difahamkan pengguna di Malaysia turut menerima kemas kini sistem operasi ini pada unit pasaran tempatan. Hujung minggu yang lalu tiba giliran Xiaomi Mi A1 pula menerima Android Pie. Seperti Mi A2, Mi A1 juga menggunakan sistem operasi Android One.

Menarik sekali kemas kini ini dilaporkan diterima oleh pengguna di Bangladesh terlebih dahulu, Saiz muat turun ialah 1075 MB dan berpadanan dengan saiz muat turun untuk Mi A2 sebelum ini. Selain Android Pie, ia turut membawakan fungsi Radio FM, tampalan sekuriti Disember, sistem Adapative Battery dan sistem navigasi berasaskan gesture seakan Google Pixel. Bagaimana dengan pembaca Amanz? Ada diantara anda yang sudah menerima Android Pie pada Mi A1 hari ini?


Komen ()