Pemalam Funkify Untuk Chrome Membolehkan Anda Melayari Web Dari Pandangan Warga OKU
Artikel Berkaitan

Pemalam Funkify Untuk Chrome Membolehkan Anda Melayari Web Dari Pandangan Warga OKU

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Tidak semua orang lahir dengan loteri kehidupan yang baik. Ada sebilangan kecil dilahirkan sebagai OKU dan dunia kerap kali tidak direka untuk insan istimewa ini. Kekurangan prasarana dunia fizikal ini juga boleh dilihat di dunia dalam talian dimana laman web tidak direka untuk mudah digunakan oleh golongan OKU. Sekiranya ada seorang pereka web, pemalam Funkify untuk Chrome boleh anda gunakan untuk menguji asam ada laman yang direka mesra untuk OKU ataupun tidak.

Menerusi Funkify, pelbagai jenis masalah yang dihadapi seperti rabun warna, rabun kronik, Parkinson dan disleksia dapat dialami sendiri oleh pengguna normal. Dengan “pelagak OKU” ini diharap pereka web dapat menyedari cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU ketika di dalam talian. Ini membolehkan mereka melakukan penambahbaikan yang lebih mesra pengguna. Kepada yang ingin mencuba pemalam ini sila ke pautan di bawah.

Pasang pemalam Funkify untuk Google Chrome


TIPS & ULASAN