Kemaskini iOS 12.1.1 Mengakibatkan Masalah Sambungan Selular Pada Sesetengah Pengguna

Kemaskini iOS 12.1.1 Mengakibatkan Masalah Sambungan Selular Pada Sesetengah Pengguna

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Kemaskini iOS 12.1.1 diberikan minggu lalu mengaktifkan sistem eSIM dan 3D Touch pada iPhone XR. Ia juga sepatutnya hadir dengan tampalan pepijat terkini. Tetapi menurut laporan Forbes, ia turut menimbulkan masalah baharu dalam bentuk tiada sambungan selular untuk capaian Internet.

Ada pengguna melaporkan Safari tidak boleh melayari web tetapi peranti masih boleh menggunakan sambungan Internet di dalam aplikasi. Masalah didapati melibatkan sambungan ke rangkaian 4G LTE sahaja buat masa ini. Kami secara peribadi menyedari aplikasi Google Photos memberikan notifkasi kami tiada capaian Internet sedangkan kami tiada masalah menstrim muzik pada waktu yang sama.

Masalah juga rawak dan tidak berlaku sepanjang masa. Antara saranan sementara yang diberikan ialah memuat turun semula tetapan Internet dari syarikat telekomunikasi yang digunakan.


TIPS & ULASAN