Cari @ Amanz

Penggunaan sensor pengimbas cap jari dalam skrin dilihat menjadi trend buat pengeluar telefon pintar dari China. Oppo, Vivo, Huawei dan juga OnePlus adalah di antaranya. Untuk OnePlus, OnePlus 6T adalah peranti yang menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin – ‘Screen Unlock‘. OnePlus mengatakan, sensor pengimbas cap jari dalam skrin mereka – mampu menyahkunci peranti hanya dalam masa 0.34 saat.

Terkini, OnePlus telah mengeluarkan kenyataan baru melalui forum rasmi mereka mengenai ‘Screen Unlock’. Dalam kenyataan ini, OnePlus mengatakan lebih banyak kali ‘Screen Unlock‘ digunakan, lebih pantas peranti akan dinyahkunci. Ini kerana, OnePlus bukan sahaja bergantung kepada sensor dalam skrin – tetapi juga turut bergantung kepada perisian. Animasi nyahkunci ‘Screen Unlock’ yang ada pada OnePlus 6T (terdapat tiga pilihan), membantu sensor mereka untuk mengesan cap jari pengguna. Seperti yang semua sudah sedia tahu, kecerahan skrin peranti OnePlus 6T akan menjadi yang maksima apabila ‘Screen Unlock’ digunakan. Jadi, animasi ini turut membantu menerangi cap jari pengguna.

Tambahan OnePlus lagi, dari segi perisian pula – mereka menggunakan sejenis algoritma yang canggih untuk ‘Screen Unlock’ berfungsi. Algoritma ini akan mempelajari cara pengguna meletakkan cari mereka dan mengumpul data untuk proses nyahkunci yang lebih pantas. OnePlus turut berkongsi, di mana mereka telah pun cuba teknologi ini sejak OnePlus 5T lagi. Tetapi pada waktu itu, sensor yang sedia akan masih tidak sesuai digunakan.

Mengejutkan, melalui kenyataan ini – OnePlus dilihat lebih menggalakkan pengguna menggunakan fungsi imbasan wajah mereka untuk nyahkunci peranti lebih pantas. Dari kenyataan ini, nampaknya OnePlus sedar di mana ‘Screen Unlock’ adalah perlahan dan imbasan wajah mereka adalah lebih pantas.

Anda pula bagaimana? Adakah anda salah seorang pengguna OnePlus 6T? Jika, ya – adakah anda gemarkan fungsi ‘Screen Unlock’ yang perlahan atau gunakan sahaja imbasan wajah untuk nyahkunci peranti?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd