Pelajar Universiti China Tidak Dapat Mandi Selepas Sistem Bilik Mandi Pintar Gagal Berfungsi

Pelajar Universiti China Tidak Dapat Mandi Selepas Sistem Bilik Mandi Pintar Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Semasa di kolej dahulu saya kadang kala pergi ke kelas tanpa mandi terlebih dahulu kerana terlajak tidur. Akibatnya bukan sahaja kami ke kelas dalam keadaan busuk tetapi juga tidak dalam keadaan segar. Di China sebilangan pelajar dari Changsha University of Science and Technology melaporkan masalah tidak boleh mandi kerana masalah melibatkan sistem bilik mandi pintar yang digunakan.

Universiti tersebut memperkenalkan aplikasi Enjoy Campus bagi mengawal sistem pancuran air mandi, makan di kafeteria, kemudahan dobi dan banyak lagi. Malang sekali kerana masalah bluetooth, air tidak keluar dari pancuran untuk mandi walaupun masa mandi telahpun dibeli. Tidak seperti koleh di Malaysia, pelajar perlu membayar untuk menggunakan kemudahan asas seperti bilik mandi. Pelajar turut merungut air yang keluar tidak cukup panas atau pancuran terhenti apabila isyarat bluetooth terputus,

Akhir sekali mereka mendakwa bayaran menggunakan bilik mandi telah dinaikkan dari RMB1 ke RMB5 sejak sistem Enjoy Campus diperkenalkan. Ini ialah masalah dengan peranti berhubung kerap kami baca dalam talian. Mungkin teknologi pintar yang digunakan masih belum sesuai kerana tidak diuji sepenuhnya.


TIPS & ULASAN