Cari @ Amanz

Di YouTube terdapat satu segmen khas untuk permainan video, iaitu YouTube Gaming. Pelbagai video mengenai permainan video, baik dari penstriman secara langsung oleh pemain-pemain, video cara bermain mahupun pelbagai kandungan berkaitan permainan video berada di segmen ini.

Terkini, melalui temu ramah oleh VentureBeat dengan Ryan Wyatt – iaitu Ketua Permainan Dan VR Global YouTube, beliau menjelaskan tahun 2018 adalah tahun yang paling memuaskan. Mereka capai 200 juta pengguna log masuk setiap hari. Kemudian, untuk jumlah jam tontonan dalam masa 12 bulan – 50 bilion jam video telah ditonton.

YouTube Gaming

Menurut beliau, antara video yang menyumbang kepada jumlah jam tontonan ini adalah Fortnite. Tambah beliau lagi, kelak akan lebih banyak perkara baru yang akan diperkenalkan buat YouTube Gaming. Salah satunya adalah kerjasama dengan Supercell untuk menghubungkan akaun YouTube pada permua Clash Royale. Ini kerana ia menerima permintaan yang ramai dalam komuniti permua tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd