Alibaba Telahpun Menggunakan Sistem Pembantu Maya Berkecerdasan Buatan Seperti Google Duplex

Alibaba Telahpun Menggunakan Sistem Pembantu Maya Berkecerdasan Buatan Seperti Google Duplex

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Sistem Google Duplex diperlihatkan ketika acara Google I/O yang berlangsung Mei yang lalu. Menerusi Duplex, pembantu maya Google Assistant boleh melakukan panggilan telefon bagi melakukan tempahan atau menyaring panggilan telefon bagi pihak pengguna. Menurut laporan MIT Technology Review, Alibaba bukan sahaja mempunyai sistem yang sama seperti Duplex tetapi lebih baik kerana telahpun digunakan di dunia sebenar.

Kecerdasan buatan Alibaba buat masa ini digunakan sebagai pegawai khidmat pelanggan untuk syarikat penghantaran mereka Cainiao. Ia akan melakukan panggilan telefon kepada pelanggan yang membeli produk menerusi Alibaba bagi memastikan mereka berada di alamat penghantaran. Sekiranya tidak, ia mampu melakukan perbualan bagi mendapatkan alamat penghantaran alternatif atau menjadualkan waktu penghantaran baru.

Alibaba menerima sehingga 100,000 panggilan dari pelanggan setiap hari dan sistem ini khidmat pelanggan maya ini akan mengurangkan beban yang selama ini ditanggung oleh kakitangan manusia.


TIPS & ULASAN