Huawei sebelum ini telah hadir dengan gambar acah untuk Huawei Y Max, dan hari ini, peranti berkenaan telah pun disenaraikan secara rasminya melalui Lazada. Daripada apa yang disenaraikan, Huawei Y Max dilihat akan ditawarkan pada harga RM1299 di Malaysia.
Huawei Y Max membawakan penawaran skrin bersaiz besar, dan memfokuskan untuk menikmati kandungan multimedia melaluinya.
Dari segi spesifikasi, Huawei Y Max membawakan skrin 7.12-inci, cip Snapdragon 660, dilengkapi memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan bateri berkapasiti 5000mAh untuk penggunaan sepanjang hari.
Untuk rakaman gambar, Huawei Y Max menggunakan kaemra hadapan 8-megapixel, selain dwi-kamera belakang 16MP + 2MP.
Melalui penyenaraian di Lazada, mereka mengatakan Huawei Y Max menggunakan sistem operasi Android Pie, tetapi melalui laman penyenaraian rasmi di Huawei, ia dikatakan menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Berkemungkinan, penyenaraian di Lazada kurang tepat, dan kita mungkin melihat ia hadir dengan Android 8.1 bersama-sama antaramuka Emui 8.2.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini melalui laman Lazada hari ini pada harga RM1299.