Carian
Grab Membuka Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Di Malaysia
December 10, 2018 Liyana

Grab, syarikat yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu, hari ini mengumumkan pembukaan pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ketujuh mereka, terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.  Pusat penyelidikan ini adalah lanjutan kepada siri R&D serantau yang telah berpangkalan di Bangalore, Beijing, Ho Chi Minh, Jakarta, Seattle dan Singapura.

Selangkah kehadapan, Grab kini berkomitmen tinggi terhadap pembukaan R&D mereka di Malaysia dimana mereka ingin memupuk kemahiran pekerja dalam industri berteknologi tinggi. Bagi tahun pertama operasi, Grab akan mengambil seramai 100 orang pekerja dalam lingkungan jurutera perisian, saintis data dan penganalisis data. Pasukan ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan peningkatan ciri komunikasi masa-nyata seperti panggilan melalui GrabChat, membina produk web baru dan membangunkan langkah-langkah keselamatan baru pada aplikasi sistem.

Grab R&D

Ditesh Gathani – Ketua Jurutera Grab melihat potensi penubuhan R&D di Malaysia, mereka ingin memainkan peranan dalam membangunkan tenaga mahir berteknologi tinggi di negara ini, terutamanya dalam bidang seperti pembelajaran aplikasi sistem teknologi. Selain itu, Grab ingin mempertingkatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) kerana ia dapat memperbaiki dan membangunkan perkhidmatan baru.

Grab turut menekankan penubuhan pusat R&D di Malaysia adalah lanjutan dari falsafah mereka untuk membangunkan penyelesaian setempat di negara-negara pengguna mereka, sambil memanfaatkan bakat teknologi khusus yang terbaik di seluruh dunia.

Komen