Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai pengumuman AMD berkenaan kad grafik terbaru mereka yang akan menggunakan cip pemprosesan grafik 7nm semaking hangat.

Ia nampaknya bakal menjadi lebih hangat lagi dengan laporan bahawa AMD telah mendaftar tanda dagang untuk nama dan logo Vega II, yang kelihatan hampir serupa dengan logo Vega pertama, tetapi mempunyai angka Roman untuk nombor dua, iaitu “II”.

Tanda dagang ini baru sahaja difailkan, dan dapat dilihat melalui laman web tanda dagang Justia. Terdapat kebarangkalian besar bahawa logo ini akan digunakan untuk kad grafik berdasarkan cip grafik Vega 20 dan Radeon Pro 20, termasuklah AMD Radeon Instinct dan juga generasi ketiga kad grafik Radeon akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd