Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah hadir dengan Pixel 3 dan juga Pixel 3 XL – dimana kedua-duanya membawakan spesifikasi tinggi, dan berharga sedikit mahal. Dalam usaha untuk menembusi pasaran negara-negara membangun seperti di India, semestinya Google memerlukan model yang lebih mesra poket, dan model berkenaan adlaah Google Pixel 3 Lite.

Google Pixel 3 Lite

Beberapa info berkenaan dengan telefon berkenaan telah tertiris sebelum ini – dan kini pihak @OnLeaks turut berkongsi gambar akhir produk berkenaan.

Google dijangka hadir dengan dua variasi peranti – satu merupakan “Google Pixel 3 Lite”, selain model bersaiz skrin besar yang dikenali dengan nama “Google Pixel 3 Lite XL” buat masa ini. Model ini dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6-inci, sementara model “Lite” biasa hadir dengan skrin sekitar 5.5-inci.

Google Pixel 3 Lite

Menariknya, kedua-dua peranti ini hadir dengan rekaan skrin tanpa takuk, selain masih mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm pada bahagian atas peranti.

Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui, tetapi dijangka menggunakan cip Snapdragon 670, memori 4GB RAM, storan 32GB, kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Pihak Google masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan peranti ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd