Cari @ Amanz

Perang antara Qualcomm dan Apple bukan sesuatu yang baru. Terkini, Qualcomm memenangi injunksi awal di China, yang mana menghalang penjualan dan pengimportan sejumlah versi iPhone ke China.

Melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan, ia menghalang pengimportan iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7, iphone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga iPhone X. Buat masa ini, ia hanya melibatkan peranti yang diimport sahaja – tetapi tidak menghalang penghasilan dan mengeksport peranti dari China.

Qualcomm dilihat memenangi injunksi ini melibatkan sebuah paten yang meliputi kaedah aplikasi diuruskan di sesuatu telefon pintar, selain sebuah lagi paten yang melibatkan kebolehan pengguna membuat ubah-suai pada gambar.

Memandangkan halangan ini dibuat kerana melibatkan bahagian perisian sahaja, maka ia masih tidak mustahil untuk Apple membuat perubahan pada perisian mereka – sekaligus mengelak paten berkaitan dan mengimport serta menjualnya di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd