Cari @ Amanz

Kemaskini : Talian Maxis nampaknya seperti telah mula beransur-pulih secara berperingkat mengikut kawasan sejak pukul 1 pagi.

Kemaskini 2 : Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Maxis kepada Amanz berkaitan masalah ini:

Sesetengah pelanggan kami mungkin telah mengalami masalah rangkaian akibat gangguan teknikal. Kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan telah dibaikpulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami akan terus memantau keadaan dan memastikan kestabilan rangkaian. Bagi mereka yang masih tidak dapat sambung ke Internet, sila padam dan pasang semula telefon anda atau pastikan data anda disambungkan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terlibat.


Maxis kini nampaknya mengalami gangguan rangkaian telekomunikasi – membuatkan sejumlah pengguna menghadapi masalah untuk mengakses internet. Ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan pelbagai aplikasi pada telefon pintar mereka.

Daripada pengamatan kami sendiri, ia dilihat memberikan kesan untuk mengakses rangkaian internet – tetapi tiada gangguan ketika cubaan membuat panggilan.

Pihak Maxis masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan masalah ini. Pada bulan ini sahaja, ini boleh dikatakan kali kedua Maxis mengalami masalah rangkaian yang memberikan impak besar kepada para pelanggan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd