Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini sedia memperkenalkan sokongan panggilan video pada aplikasi mereka. Kini, selain daripadanya, dalam menjadikan komunikasi lebih mudah lagi, aplikasi sosial berkenaan turut menambah sokongan permesejan bersuara.

Ciri penghantaran mesej bersuara ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna melalui Instagram Direct.

Instagram Voice Direct

Melaluinya, pengguna boleh menghantar mesej bersuara kepada rakan-rakan – dan ia boleh didengarkan oleh rakan anda pada bila-bila masa. Mesej yang dihantar akan kekal, dan tidak hilang seperti perkongsian Instagram Stories.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan mula menggunakannya. Selain Instagram, satu lagi aplikasi milik Facebook yang turut popular dengan penggunaan ciri lebih kurang sama adalah WhatsApp.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd