Cari @ Amanz

Telefon-telefon pintar Samsung kerap menggunakan huruf bagi membezakannya antara satu sama lain. Galaxy S untuk peranti mercu dan Galaxy J untuk peranti kelas permulaan misalnya. Mereka mungkin akan memperkenalkan kategori peranti baharu selepas didapati memfailkan tiga tanda dagang yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

Nama Galaxy Rize10, Galaxy Rize20 dan Galaxy Rize3o telah difailkan Samsung di United Kingdom. Tidak diketahui pada peranti kelas apakah nama Rize ini akan digunakan. Pernah suatu ketika nama Galaxy Mega digunakan pada peranti kelas pertengahan dengan saiz skrin yang besar. Pada waktu yang sama memfailkan tanda dagang juga bukan petanda sahih peranti akan dilancarkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd