Cari @ Amanz

Sebuah lagi berita menarik akibat perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat pagi ini. GoPro mengumumkan mereka akan mengilangkan kamera aksi untuk pasaran Amerika Syarikat mereka di luar China. Ini dilakukan sebagai langkah selamat sebelum tarif yang tinggi dikenakan ke atas produk yang diimport dari China ke A.S.Proses pemindahan pengilangan ini akan dilakukan bermula pada musim panas 2019.

Kamera aksi yang dihasilkan untuk pasaran antarabangsa akan terus dikilangkan di China buat masa ini. Awal bulan ini Presiden Donald Trump berkata harga produk yang diimport dari China akan meningkat sehingga 20% selepas tarif baharu diperkenalkan. Tindakan ini diambil kerana menurut beliau China bebas memasuki pasaran A.S tetapi mengenakan pelbagai tarif yang tinggi apabila produk mereka dieksport ke China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd