Google Melancarkan Tab ‘For You’ Dalam Google Maps – Tab Khas Untuk Mencari Tempat Makan

Google Melancarkan Tab ‘For You’ Dalam Google Maps – Tab Khas Untuk Mencari Tempat Makan

Diterbitkan pada Dis 11, 2018 oleh .

Aplikasi Google Maps kerap kali dikemaskini oleh Google. Setiap kemaskini pasti akan ada perubahan terhadap antaramuka atau memberi fungsi dan ciri baru yang menarik. Terkini, Google hadir dengan tab khas yang diberi nama ‘For You‘.

Tab ‘For You’ adalah satu tab yang mencadangkan lokasi-lokasi tempat makan atau minum yang menarik. Menurut Google, tab ini adalah sumber inspirasi yang sama dengan cita rasa pengguna. Tab khas ini bukan sahaja akan paparkan lokasi-lokasi restoran atau kafe, tetapi turut akan memaparkan berita, acara, promosi atau juga menu baru.

Tambahan Google lagi, tab ini turut akan membantu pengguna dan keluarga membuat cadangan awal sebelum memulakan perjalanan bercuti atau untuk mengelakkan bertengkar untuk pilih lokasi mana untuk menjamu selera. Tab ‘For You’ ini hadir kepada lebih 130 negara untuk pengguna Android dan 40 negara untuk pengguna iOS.

Tidak pasti jika negara Malaysia akan tersenarai untuk menerima ciri ini. Kerana Google tidak menyenaraikan negara mana yang terima ciri ini. Google Maps pada OnePlus 6T dan Pixel 3 dilihat tiada fungsi ini.


TIPS & ULASAN