Cari @ Amanz

Video YouTube Rewind 2018 Kini Mencatatkan Jumlah Dislike Kedua Tertinggi Dalam Sejarah

Link Copied!

Empat hari yang lalu video YouTube Rewind 2018 dimuat naik ke YouTube bagi memberikan rangkuman trend terhangat sepanjang 2018. Sungguhpun begitu dalam masa yang singkat ia kini menjadi video dengan jumlah dislike kedua tertinggi dalam sejarah platform penstriman video ini.

Dengan 7,9 juta dislike ia kini di belakang video muzik Baby oleh Justin Bieber yang mencatatkan 9.7 juta dislike. Jumlah pengguna yang membenci ini dipercayai berlaku kerana YouTube tidak memaparkan tokoh popular mereka seperti PewDiePie, sebaliknya memaparkan selebriti seperti Will Smith dan Ninja yang tidak sinonim dengan platform ini. Terlalu banyak kandungan berasaskan Fortnite turut dikatakan penyebab mengapa jumlah dislike diberikan secara pukal oleh penonton.


Komen ()