Selain Maggi, Produk Milo Turut Terjejas Dengan Pautan Kod QR Yang Membawa Pengguna Ke Laman Tidak Selamat

Selain Maggi, Produk Milo Turut Terjejas Dengan Pautan Kod QR Yang Membawa Pengguna Ke Laman Tidak Selamat

Diterbitkan pada Dis 11, 2018 oleh .

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan berkenaan pautan kod QR pada produk Maggi yang membawa pengguna ke laman-laman yang tidak selamat. Kini nampaknya selain daripada produk Maggi, produk Milo juga turut terjejas dengan masalah sama.

Imbasan kod QR pada produk Milo membawa kepada sebuah laman pihak ketiga – dan bukannya pada laman rasmi Milo.

Sebelum ini, pihak Nestle mengatakan mereka telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan dengannya. Selain itu, SKMM turut telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka telah menerima laporan daripada Nestle berkaitan perkara ini – dan mengatakan mereka sedang menyiasat berkaitan dengannya.

Buat masa ini, pengguna dinasihatkan supaya tidak mengimbas kod QR pada produk berkaitan – memandangkan ia membawa kepada laman yang tidak selamat.


TIPS & ULASAN