Xiaomi terkenal dengan pelbagai produk unik dan menarik. Ia boleh dikatakan antara jenama popular, kerana produk-produknya dijual pada harga mampu milik. Hari ini, Pengasas Bersama Xiaomi – Wang Chuan, mengacah satu produk misteri melalui akaun Weibo.
Menurut terbitan Weibo itu, produk ini mengambil masa satu tahun untuk dibangunkan. Melalui gambar acah, ia dilihat seperti sejenis telefon atau kepala pancuran air (shower). Terbitan Weibo ini kemudiannya dikongsi semula oleh akaun Weibo Mi TV. Jadi, ada kemungkinan produk mister ini berkait dengan Mi TV.
Apakah produk misteri ini? Buat masa ini tiada maklumat lanjut daripada Xiaomi. Sama-sama kita nantikannya kelak.