Carian
Microsoft, MIMOS – Berkerjasama Dalam Menubuhkan Platform Industri Teknologi Tinggi Malaysia
December 18, 2018 Liyana

Baru-baru ini, secara rasminya pertukaran memorandum persefahaman (MoU) telah dilakukan antara kedua pihak iaitu Microsoft Malaysia dan MIMOS Berhad (MIMOS) bagi paltform kecerdasan buatan dan peranti berhubung. Majlis yang sama turut memperlihatkan perasmian bagi pelancaran penerbitan Microsoft, A Cloud for Good Global in Asia selaku peneraju dalam kecerdasan buatan (AI) dan peranti berhubung (IoT) di Malaysia.

Pertama kali ia dilancarkan adalah pada 2016, A Cloud for Good Global in Asia ini adalah buku dasar yang dibangunkan oleh Microsoft yang menawarkan cadangan untuk kerajaan, industri dan masyarakat sivil. Matlamat buku ini adalah untuk memastikan bahawa peluang teknologi sama-sama dikongsi dan cabaran yang dihadapi masyarakat dalam mengenalpasti penyelesaian awal yang boleh digunakan. Melalui beberapa fasa, Microsoft telah memperkenalkan dasar rangka kerja yang ditetapkan dalam buku ini, meliputi pembelajaran dan penghasilan idea baru. Pelancarannya di Malaysia menandakan kemasukan buku pertama ke rantau ini.

Mimos Microsoft

Turut hadir merasmikan majlis, YB Datuk Darell Leiking –  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menekankan aspek utama memulakan transformasi adalah Industri 4.0. Mereka telah mengetengahkan ini dalam bentuk Dasar Kebangsaan Industri 4.0 (Industry4WRD). Melalui kerjasama ini, mereka melihat ia sebagai satu langkah yang lebih dekat untuk mencapai salah satu objektif dasar iaitu mewujudkan ekosistem yang tepat untuk Industri 4.0 dengan menyediakan latihan kemahiran digital.

Thillai Raj – Ketua Teknologi MIMOS turut menyatakan industri dijangka memperolehi manfaat daripada teknologi melalui kerjasama ini. Kejayaan awal MIMOS dalam penerapan teknologi ini dapat melihat penggunaan dan inovasi teknologi yang lebih banyak daripada industri tempatan negara. Kerjasama kesemua pihak yang berkepentingan dalam industri dapat membangunkan dasar-dasar yang lincah dan kondusif ini sewaktu pelaksanaan penyelesaian pintar ini menjadi lebih meluas. Ini akan meningkatkan tahap produktiviti di semua segmen pasaran.

Perkongsian ini akan melihat kebangkitan dalam usaha kolaborasi kedua-dua pihak, kerana mereka menyediakan platform untuk menyokong inisiatif Industry4WRD oleh kerajaan dengan menyediakan latihan dan alat untuk Malaysia untuk beralih dengan lancar ke dalam Industri 4.0. Dengan mendaftarkan diri dalam Program Penerima Teknologi MIMOS, usahawan dan pemula boleh membantu mereka membina pengetahuan mengenai sains data, pembelajaran mesin dan pemodelan kecerdasan buatan.

Inisiatif ini juga turut menjanjikan peluang 20 juta pekerja ASEAN dengan kemahiran dan peluang digital dalam masa dua tahun akan datang. Ia bertujuan untuk menangani cabaran pekerjaan dan kemahiran yang dihasilkan oleh Revolusi Perindustrian Keempat. Microsoft juga menyasarkan untuk menyediakan 15,000 pelajar universiti dengan peluang latihan, memberikan latihan kemahiran digital kepada 2.2 juta pekerja PKS, dan mengupah seramai 8500 pekerja digital menjelang tahun 2020 di seluruh ASEAN.

Komen