Xiaomi Hadir Dengan Lampu Tidur Yang Menyokong Apple HomeKit – MIJIA Bedside Lamp 2

Xiaomi Hadir Dengan Lampu Tidur Yang Menyokong Apple HomeKit – MIJIA Bedside Lamp 2

Diterbitkan pada Dis 11, 2018 oleh .

Terdapat banyak produk-produk untuk rumah pintar dan peranti berhubung dari Xiaomi. Antaranya adalah lampu, pembesar suara, vakum dan banyak lagi. Terkini dalam kategori ini, Xiaomi telah lancarkan MIJIA Bedside Lamp 2.

MIJIA Bedside Lamp 2 adalah lampu tidur pintar yang menyokong aplikasi Mi Home atau aplikasi MIJIA untuk tujuan kawalan. Tetapi apa yang menjadikan lampu tidur ini menarik ialah, ia menyokong ekosistem rumah pintar Apple – Apple HomeKit. MIJIA Bedside Lamp 2 ini hadir dengan rekaan yang ringkas dan mampu capai tahap kecerahan sehingga 400 Lumens. Kemudian, ia turut boleh dimalapkan pada tahap 2 Lumens. Disebabkan ia menyokng Apple HomeKit, lampu tidur Xiaomi ini turut boleh dikawal dengan Siri melalui iPhone, iPad atau juga Apple Watch.

Seperti produk rumah pintar Xiaomi yang lain yang dijual pada harga mampu milik, MIJIA Bedside Lamp 2 dijual hanya dengan tanda harga RMB169 iaitu sekitar RM102 sahaja.


TIPS & ULASAN