Cari @ Amanz

Xiaomi mempunyai banyak siri telefon pintar; Mi/Mi Mix adalah siri peranti mercu, siri Mi A adalah siri Android One, Redmi adalah siri kelas pertengahan, Mi Note pula adalah siri kelas pertengahan yang memfokuskan untuk produktiviti, Mi Max pula adalah untuk skrin besar dan bateri besar dan dalam Redmi tadi, turut terdapat siri kelas permulaan.

Selain daripada itu, Pocophone pula adalah sub-jenama Xiaomi yang memfokuskan spesifikasi peranti mercu tapi dijual pada harga kelas pertengahan. Terkini, Xiaomi dilihat bakal melancarkan siri telefon pintar terbaru – Xiaomi Play. Dari nama sahaja kita sudah tahu, ia pasti memfokuskan untuk permua atau media. Menurut spekulasi, ia adalah Pocophone F1 untuk pasaran China.

Jika benar ia adalah Pocophone F1 versi China, ia akan dijana dengan Snapdragon 845, pilihan RAM 6/8 GB dan storan sehingga 256GB serta sokongan kad mikroSD. Skrin pula pasti LCD FHD+, pengecasan pantas melalui USB-C, hadir dengan port bicu audio dan bateri sebesar 4000mAh. Kalau harga Pocophone F1 dengan Snapdragon 845 dijual pada harga serendah RM1199, bagaimana pula dengan Xiaomi Play?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd