Cari @ Amanz

Magisk v18 Dilancarkan, Hadir Dengan Aplikasi Pengurusan Untuk Pengesanan Anti-Root Yang Lebih Baik

Link Copied!

SuperSU adalah sistem root untuk telefon pintar Android. Ia sudah pun dimatikan pembangunannya, tetapi sejak ia mati – Magisk adalah pengganti untuk sistem root ini. Dengan peranti Android yang telah diroot pengguna akan mempunyai lebih akses untuk ubahsuai sistem, tema dan pelbagai lagi.

Terkini, sistem Magisk telah dikemaskini dengan dengan versi v18.0 bersama-sama dengan aplikasi pengurusannya Magisk Manager kepada v6.1.0. Dalam kemaskini terbaru ini, ia hadir dengan pengesanan anti-root yang lebih baik serta modul hos nirsistem terbina. Kenapa pengesanan anti-root ini penting? Jika peranti Android telag diroot, aplikasi seperti dompet digital Boost, aplikasi perbankan Maybank/CIMB dan mana-mana aplikasi yang bergantung kepada sistem keselamatan SafetyNet – tidak boleh diakses. Jadi, dengan kemaskini baru – ciri Magisk Hide untuk anti-root yang lebih baik akan membantu ‘tipuSafetyNet mengatakan peranti Android yang sudah diroot sebagai tidak root.

Turut hadir dalam kemaskini ini adalah, tampalan kepada masalah kerentanan sekuriti untuk Android 7.0 Nougat. Dari segi teknikal, sistem Magisk v18.0 kini menggunakan bahasa kod C++ dan tidak lagi menggunakan bahasa kod C-based codebase.

Bagi yang ingin root peranti Android anda, boleh rujuk ke forum rasmi XDA untuk muat turun fail-fail yang diperlukan. Tetapi ingat, kebanyakan peranti Android apabila sudah diroot – waranti tidak lagi akan aktif.


Komen ()