Cari @ Amanz

Peranti pintar OnePlus 6T McLaren Edition dilancarkan sebentar tadi. Ia adalah sebuah OnePlus 6T dengan memori sebesar 10GB RAM dan penjenamaan pasukan lumba kereta ternama McLaren. Selain itu ia turut menyokong sistem pengecasan pantas Warp Charge 30 (30W) yang memberikan kuasa sebanyak 50% dengan pengecasan selama 20 minit sahaja.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.21″ Optic AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, storan sebesar 256GB, kamera utama 16+20 Megapixel f/1.7+f/1.7, kamera swafoto 16-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3700 mAh. Dengan pengecasan pantas baharu ini, peranti boleh dicas sepenuhnya dalam masa sekitar satu jam.

Skrin hadapan mempunyai takuk yang kecil serta sistem imbasan cap jari terbina dalam skrin. Panel belakang pula mempunyai corak gentian karbon dan kemasan berwarna Papaya Orange yang merupakan warna korporat McLaren. Sistem operasi Android Pie dengan pelancar Oxygen OS digunakan.

Peranti akan mula dijual 13 Disember ini pada harga $699 (~RM 2924) sebuah. Pembeli akan menerima sebuah peranti, sebuah plak khas McLaren, sebuah buku edisi khas dan kabel pengecas yang juga berwarna Papaya Orange.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd