Cari @ Amanz

Vivo hari ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga Vivo NEX, iaitu Vivo NEX Edisi Dwi-Paparan. Melaluinya ia membawakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada Vivo NEX sebelum ini – tetapi ditambah baik dengan lebih banyak fungsi baru, termasuk penggunaan dwi-panel paparan pada peranti ini.

Vivo NEX 2

Penggunaan dwi-panel paparan ini membolehkan pengguna menikmati rekaan skrin menyeluruh dihadapan, selain panel kedua dibelakang yang membolehkan pengguna menggunakannya untuk rakaman swafoto, selain turut berfungsi sebagai TouchPad ketika dalam mod permainan.

Vivo NEX Dual Display

Pengguna juga diberikan dengan pilihan perisian yang membolehkan anda mengawal paparan kandungan pada bahagian skrin belakang. Paparan skrin belakang juga akan diaktifkan apabila anda membuat panggilan video – memandangkan ia menggunakan kamera belakang sahaja untuk swafoto mahupun panggilan video.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan panel 6.39-inci skrin menyeluruh dihadapan, dan skrin 5.49-inci dibelakang yang mana Vivo memanggilnya sebagai Lunar Ring Display. Skrin hadapan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari bersama-sama dengannya.

Vivo NEX Dual Display

Telefon ini dijana menggunakan cip Snapdragon 845, memori 10GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan tri-kamera dibelakang yang mengabungkan sensor 12-megapixel, kebolehan rakaman video pada waktu malam, dan juga kamera TOF 3D. Peranti ini dijana menggunakan bateri 3500mAh bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, ia diumumkan untuk pasaran China sahaja, dimana ia disenaraikan pada harga RMB4998 iaitu sekitar RM3034 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd