Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan Google Photos yang menawarkan storan tanpa had untuk gambar dan video yang dioptimasikan resolusi dan saiznya. Sejak pengenalannya, ia telah menerima permintaan yang tinggi, malah menjadi salah satu aplikasi yang digunakan meluas oleh pengguna peranti Android dan juga iPhone untuk membuat salinan pendua galeri mereka.

Walaubagaimanapun, terkini, Google membuat sedikit perubahan pada perkhidmatan mereka. Sejak daripada 6 Disember 2018, Google kini tidak lagi menawarkan sokongan storan tanpa had untuk video yang menggunakan format yang tidak disokong.

Untuk video, Google Photos buat masa ini menawarkan sokongan storan tanpa had untuk format mpg, .mod, .mmv, .tod, .wmv, .asf, .avi, .divx, .mov, .m4v, .3gp, .3g2, .mp4, .m2t, .m2ts, .mts, dan .mkv.

Sekiranya anda menggunakan format lain, ia masih boleh dimuat-naik ke Google Photos – tetapi ia akan mengambil kira had storan yang dibenarkan pada perkhidmatan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd