Integrasi Giphy Pada Papan Kekunci Diperkenalkan Pada Peranti iOS 12

Integrasi Giphy Pada Papan Kekunci Diperkenalkan Pada Peranti iOS 12

Diterbitkan pada Dis 12, 2018 oleh .

Penggunaan GIF di media sosial kini sudah menjadi perkara yang biasa. Tidak disangka animasi pendek GIF yang dihasilkan ketika era Internet masih lagi perlahan kini menjadi semakin popular terutamanya dalam penyebaran meme. Platform GIF kegemaran kami ialah Giphy dan kini ia diintegrasi ke dalam papan kekunci peranti iOS 12.

Pengguna boleh melakukan carian Giphy terus dari papan kekunci dengan menekan butang glob pada bucu bawah sebelah kiri. Carian terus dari Giphy ini lebih baik berbanding sebelum ini kerana pengguna turut boleh menggunakan GIF yang dihasilkan sendiri menggunakan akaun peribadi.

Pada waktu yang sama terdapat sokongan menghasilkan pelekat menerusi kamera Truedepth iPhone yang menyokongnya. Bagi menggunakan papan kekunci ini, anda hanya perlu memuat turun versi terkini aplikasi Giphy untuk iOS.


TIPS & ULASAN