Cari @ Amanz

Pada tahun 1986, kasut pintar Puma RS-Computer yang merupakan yang terawal mempunyai kemampuan menjejak pergerakan pengguna ketika bersenam. Selepas 32 tahun, mereka melancarkan semula kasut pintar dengan teknologi terkini tetapi mengekalkan rekaan kasut asal yang retro.

Ia mampu menyimpan data penggunaan selama 30 hari yang boleh diakses menggunakan aplikasi Android atau iOS. Data dihantar ke peranti menggunakan tambatan bluetooth 4.0. Terdapat dua lampu pada kasut. Satu untuk memberikan petunjuk pengguna telah mencapai sasaran larian harian dan satu lagi untuk menunjukkan status bateri.

Sistem giroskop tiga paksi yang disertakan membolehkan data perjalanan pengguna direkod dengan lebih tepat. Bateri kasut boleh dicas semula menerusi sambungan USB. Hanya 86 pasang Puma RS-Computer akah dihasilkan. ia hanya akan dijual di Jepun, Jerman, Amerika Syarilkat dan United Kingdom sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd