Cari @ Amanz

U Mobile hari ini berkongsi mengatakan mereka kini melanjutkan kerjasama perkongsian 3G RAN bersama Maxis di sejumlah lokasi sekitar Malaysia.

Kerjasama dengan pihak Maxis ini adalah sehingga penghujung Jun 2019 kelak. Mengikut perjanjian asal, kerjasama berkenaan sepatutnya berakhir pada penghujung tahun ini.

Melalui perkongsian 3G RAN ini, ia membolehkan U Mobile menggunakan rangkaian 3G Maxis dalam menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan U Mobile.

Untuk makluman, pihak U Mobile telah bergiat aktif dalam pembangunan rangkaian mereka tersendiri di seluruh Malaysia sejak 18 bulan yang lepas – sekaligus membolehkan mereka menawarkan kualiti yang lebih tinggi melalui penawaran tersendiri.

U Mobile juga mengatakan mereka akan membelanjakan lebih RM5 bilion dalam pembangunan rangkaian baru dan menyeluruh untuk memastikan pengalaman yang baik untuk para pelanggan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd