Cari @ Amanz

Rekaan panel hadapan dan belakang Huawei Nova 4 telah tertiris pagi tadi menunjukkan skrin berlubang dan sistem tri-kamera pada bahagian belakang milik P2o Pro. Kini spesifikasinya utama peranti pula telah tertiris yang menunjukkan ia bakal dijana cip HiSilicon Kirin 970 dan hanya model premium akan dilengkapi kamera dengan sensor sebesar 48-Megapixel.

Dari gambar di atas, model premium akan menggabungkan sensor 48+16+2 Megapixel pada kamera utama. Model asas pula akan dilengkapi sensor 20+16+2 Megapixel. Kamera swafoto pada kedua-dua model adalah sebesar 25-Megapixel.

Turut diketahui ialah skrin sebesar 6.4″ FHD+, memori sebesar 8GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 3750 mAh. Sistem pengecasan yang digunakan pula adalah 18W (9V/2A). Maklumat lanjut mengenai peranti akan diketahui apabila Huawei Nova 4 dilancarkan pada 17 Disember kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd