Pelan Unifi Mobile 99 Tanpa Had Kini Dibuka Untuk Semua – Tidak Lagi Eksklusif Untuk Pelanggan TM Sedia Ada

Pelan Unifi Mobile 99 Tanpa Had Kini Dibuka Untuk Semua – Tidak Lagi Eksklusif Untuk Pelanggan TM Sedia Ada

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Selain pengenalan pelan Unifi Mobile baru, pihak TM turut telah membuat perubahan pada penawaran Unifi Mobile Unlimited sebelum ini. Ketika pengenalannya sebelum ini, TM hanya menawarkan ia untuk para pelanggan Unifi sedia ada sahaja – membolehkan mereka menikmati diskaun dan melanggan pelan tanpa had berkenaan pada harga RM99 sebulan.

Unifi Mobile RM99

Melalui pelan Unifi Mobile Unlimited ini, ia menawarkan akses data tanpa had, selain sokongan panggilan dan SMS tanpa had. Untuk hotspot, ia dihadkan kepada 10GB LTE setiap bulan, dan seperti pelan Unifi Mobile lain, pengguna tidak tertakluk untuk sebarang kontrak.

Selepas ditawarkan dengan terhad untuk pelanggan TM sahaja sebelum ini, kini pelan ini dibuka kepada semua pengguna – walaupun tidak mempunyai sebarang pakej langganan TM. Langkah ini mungkin diambil oleh TM dalam usaha terus menambah pelanggan untuk Unifi Mobile ini.

Unifi Mobile Postpaid

Untuk pelanggan Unifi sedia ada, seperti tiada sebarang diskaun dinyatakan, dan masih perlu membayar RM99 sebulan seperti sebelum ini. Bagi anda yang berminat, boleh melanggan pelan ini tanpa keperluan langganan Unifi bermula hari ini – 13 November 2018.


TIPS & ULASAN